Sunday, March 2, 2014

Ultras Malaya vs FAM

1. Kekecohan yang berlaku pada perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina menjadi topik hangat di dada akhbar mahupun di televisyen. Tetapi seperti biasa, berita menyalahkan Ultras Malaya 100% punca kekecohan tersebut.

2. Bagi aku, Ultras Malaya tidak boleh dipersalahkan 100% di atas kekecohan tersebut. Ini disebabkan sumbangan mereka menarik kembali rakyat Malaysia untuk menonton bola sepak di stadium setelah bola sepak kita mengalami situasi suram ketika tahun 2007-2009.

3. Pada tahun 2007, ketika PestaBola Merdeka, apakah stadium sentiasa penuh dengan penonton seperti hari ini? Sudah pasti tidak tetapi segelintir anak muda tetap teguh memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.

4. Seterusnya anak muda tersebut telah menubuhkan Ultras Malaya bagi memberi sokongan padu pada skuad Malaysia.

5. Rakyat Malaysia kembali minat terhadap bola sepak negara ketika kita menang pingat emas Sukan SEA 2009 tetapi kemuncaknya ketika kita menang Piala Suzuki 2010 sehinggalah ke hari ini.

6. Ultras Malaya terdiri daripada anak muda yang sayangkan negaranya dan mahu melihat kejayaan Malaysia terutama sekali dalam bola sepak.

7. Dahulu bola sepak kita boleh pergi ke Olimpik, boleh menang pingat gangsa Sukan Asia tetapi pada hari ini, mahu menang ke atas Filipina pun sukar.

8. 30 tahun Presiden FAM memegang jawatan tetapi hanya perubahan negatif yang dihasilkan sedangkan bola sepak Korea Selatan dan Jepun yang dahulunya sama taraf dengan kita kini jauh meninggalkan dipuncak.

9. Inilah punca sebenar Ultras Malaya dan segelintir peminat bola sepak marah kepada FAM yang telah lena dengan nyenyak sejak 30 tahun lalu.

10. FAM perlu mengakui kegagalan mereka mentadbir bola sepak negara. Janganlah pula asyik menyalahkan pihak lain terutama penyokong. Sekiranya penyokong tiada, FAM juga pening.

11. Andai FAM berjaya mentadbir bola sepak dengan baik, dan bola sepak kita tidak seteruk ini, aku yakin isu flare dan bom asap boleh diselesai dengan baik.

12. Akhir kata, andai tindakan semalam tidak memberi hasil, marilah kita boikot liga Malaysia dengan tidak membeli tiket ke stadium. Hanya tengok di TV saja.

Tuesday, September 3, 2013

Kereta Paling Jimat Minyak

Kenaikan harga minyak semalam membuatkan kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan bahan api. Pembuat kereta pada hari ini begitu mementingkan aspek penjimatan minyak dan oleh sebab itu, banyak teknologi berjaya dicipta dalam meningkatkan kecekapan bahan api.

Pada tahun lepas, telah diadakan pertandingan kereta paling tinggi kecekapan bahan api atau kata lain paling jimat minyak. Beberapa buat kereta dipertandingkan mengikut kategori masing-masing.




Secara keseluruhan Toyota menjadi pemenang kerana dari tempat satu sampai ketiga milik mereka. Lexus adalah anak syarikat Toyota yang membuat kereta mewah. Ternyata teknologi hybrid yang dibangunkan oleh Toyota mampu menjimat minyak walaupun harga kereta begitu mahal.

Proton juga tidak mengecewakan melalui Saga dan Preve berjaya masuki senarai bersama dengan Perodua Myvi. 

Jikalau sudah ada senarai kereta yang jimat minyak, mudahlah untuk anda membuat perbandingan ketika mahu beli kereta. Penjimatan minyak menjadi faktor penting ketika membeli kereta selain dari keupayaan enjin dan reka bentuk. Jadi, kereta mana yang jadi pilihan anda?

Monday, September 2, 2013

Selamat Datang Fellaini

Akhirnya, penanti penyokong Man United untuk melihat pemain baru untuk musim ini terjawab bila Marouane Fellaini sertai Man United. Sepanjang tempoh musim perpindahan, Everton telah banyak kali menolak tawaran Man United untuk beli Fellaini dan Baines. 

Kehadiran Fellaini sedikit sebanyak dapat membantu barisan tengah Man United yang kurang mantap. Kalau dibandingkan dengan pasukan lain, pemain tengah mereka begitu mantap. Tetapi Man United bergantung kepada Cleverley, Carrick atau Anderson yang kurang pamerkan persembahan yang bertenaga.

Tapi bagi aku, berita Fellaini ke Man United tetap tak dapat perasan kecewa kerana Arsenal dapat beli Mesut Ozil. Pada mulanya, berita mengatakan Man United turut mengejar Ozil, tapi Moyes mengeluarkan kenyataan tidak akan membeli Ozil. Sedikit kecewa bagi aku sebab aku suka dengan cara permainan Ozil. 

Pintu perpindahan pun dah tutup. Lepas ini, kena tunggu sajalah setiap minggu perlawanan Man United sama ada boleh menpertahankan kejuaraan ataupun tidak. Glory Glory Man United!!!

Harga Minyak Naik Lagi

Tepat pukul 12 malam ini, harga minyak untuk RON 95 akan naik sebanyak RM0.20 menjadi RM2.10 seliter. Bagi golongan berada, mungkin tiada masalah tapi bagi golongan pertengahan seperti aku akan merasa sedikit terjejas.

Kenaikan harga minyak akan menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga barang lebih tinggi dari kenaikan harga minyak. Secara tak langsung, menambah beban yang ditanggung rakyat. Sebagai contoh, aku seorang pelajar akan merasa terbeban sebab perlu isi minyak, duit untuk makan sedangkan pendapatan aku hanya pada PTPTN. Itupun dapat 6 bulan sekali dan perlu dibayar semula.

Menurut laporan berita, PM kata subsidi yang diguna untuk harga minyak akan digunakan untuk tampung BRIM. Bagi aku, alasan ini paling tak boleh diterima akal. Subsidi minyak itu dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin tapi BRIM hanya dinikmati oleh golongan miskin. Bagi golongan pertengahan, BRIM tak dapat, terpaksa bergadai pula harga minyak naik. 

Mungkin mereka tidak tahu, golongan pertengahan inilah yang menggerakkan ekonomi negara. Golongan inilah yang bayar cukai pendapatan. Golongan inilah yang bayar cukai GST. Kenapa masih perlu membebankan golongan ini demi untuk membantu golongan yang lebih susah? Kenapa tidak menyasarkan golongan berada yang jutawan yang tidak akan merasa dengan kenaikan ron 95?

Susah aku nak cakap dengan orang atasan ini. Sudah ditegur, sudah diberi amaran tapi masih lagi buat perkara yang sama. Apa lagi mereka mahu?