Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik Lagi

Tepat pukul 12 malam ini, harga minyak untuk RON 95 akan naik sebanyak RM0.20 menjadi RM2.10 seliter. Bagi golongan berada, mungkin tiada masalah tapi bagi golongan pertengahan seperti aku akan merasa sedikit terjejas.

Kenaikan harga minyak akan menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga barang lebih tinggi dari kenaikan harga minyak. Secara tak langsung, menambah beban yang ditanggung rakyat. Sebagai contoh, aku seorang pelajar akan merasa terbeban sebab perlu isi minyak, duit untuk makan sedangkan pendapatan aku hanya pada PTPTN. Itupun dapat 6 bulan sekali dan perlu dibayar semula.

Menurut laporan berita, PM kata subsidi yang diguna untuk harga minyak akan digunakan untuk tampung BRIM. Bagi aku, alasan ini paling tak boleh diterima akal. Subsidi minyak itu dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin tapi BRIM hanya dinikmati oleh golongan miskin. Bagi golongan pertengahan, BRIM tak dapat, terpaksa bergadai pula harga minyak naik. 

Mungkin mereka tidak tahu, golongan pertengahan inilah yang menggerakkan ekonomi negara. Golongan inilah yang bayar cukai pendapatan. Golongan inilah yang bayar cukai GST. Kenapa masih perlu membebankan golongan ini demi untuk membantu golongan yang lebih susah? Kenapa tidak menyasarkan golongan berada yang jutawan yang tidak akan merasa dengan kenaikan ron 95?

Susah aku nak cakap dengan orang atasan ini. Sudah ditegur, sudah diberi amaran tapi masih lagi buat perkara yang sama. Apa lagi mereka mahu?

No comments:

Post a Comment