Tuesday, September 3, 2013

Kereta Paling Jimat Minyak

Kenaikan harga minyak semalam membuatkan kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan bahan api. Pembuat kereta pada hari ini begitu mementingkan aspek penjimatan minyak dan oleh sebab itu, banyak teknologi berjaya dicipta dalam meningkatkan kecekapan bahan api.

Pada tahun lepas, telah diadakan pertandingan kereta paling tinggi kecekapan bahan api atau kata lain paling jimat minyak. Beberapa buat kereta dipertandingkan mengikut kategori masing-masing.




Secara keseluruhan Toyota menjadi pemenang kerana dari tempat satu sampai ketiga milik mereka. Lexus adalah anak syarikat Toyota yang membuat kereta mewah. Ternyata teknologi hybrid yang dibangunkan oleh Toyota mampu menjimat minyak walaupun harga kereta begitu mahal.

Proton juga tidak mengecewakan melalui Saga dan Preve berjaya masuki senarai bersama dengan Perodua Myvi. 

Jikalau sudah ada senarai kereta yang jimat minyak, mudahlah untuk anda membuat perbandingan ketika mahu beli kereta. Penjimatan minyak menjadi faktor penting ketika membeli kereta selain dari keupayaan enjin dan reka bentuk. Jadi, kereta mana yang jadi pilihan anda?

1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete