Sunday, March 2, 2014

Ultras Malaya vs FAM

1. Kekecohan yang berlaku pada perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina menjadi topik hangat di dada akhbar mahupun di televisyen. Tetapi seperti biasa, berita menyalahkan Ultras Malaya 100% punca kekecohan tersebut.

2. Bagi aku, Ultras Malaya tidak boleh dipersalahkan 100% di atas kekecohan tersebut. Ini disebabkan sumbangan mereka menarik kembali rakyat Malaysia untuk menonton bola sepak di stadium setelah bola sepak kita mengalami situasi suram ketika tahun 2007-2009.

3. Pada tahun 2007, ketika PestaBola Merdeka, apakah stadium sentiasa penuh dengan penonton seperti hari ini? Sudah pasti tidak tetapi segelintir anak muda tetap teguh memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.

4. Seterusnya anak muda tersebut telah menubuhkan Ultras Malaya bagi memberi sokongan padu pada skuad Malaysia.

5. Rakyat Malaysia kembali minat terhadap bola sepak negara ketika kita menang pingat emas Sukan SEA 2009 tetapi kemuncaknya ketika kita menang Piala Suzuki 2010 sehinggalah ke hari ini.

6. Ultras Malaya terdiri daripada anak muda yang sayangkan negaranya dan mahu melihat kejayaan Malaysia terutama sekali dalam bola sepak.

7. Dahulu bola sepak kita boleh pergi ke Olimpik, boleh menang pingat gangsa Sukan Asia tetapi pada hari ini, mahu menang ke atas Filipina pun sukar.

8. 30 tahun Presiden FAM memegang jawatan tetapi hanya perubahan negatif yang dihasilkan sedangkan bola sepak Korea Selatan dan Jepun yang dahulunya sama taraf dengan kita kini jauh meninggalkan dipuncak.

9. Inilah punca sebenar Ultras Malaya dan segelintir peminat bola sepak marah kepada FAM yang telah lena dengan nyenyak sejak 30 tahun lalu.

10. FAM perlu mengakui kegagalan mereka mentadbir bola sepak negara. Janganlah pula asyik menyalahkan pihak lain terutama penyokong. Sekiranya penyokong tiada, FAM juga pening.

11. Andai FAM berjaya mentadbir bola sepak dengan baik, dan bola sepak kita tidak seteruk ini, aku yakin isu flare dan bom asap boleh diselesai dengan baik.

12. Akhir kata, andai tindakan semalam tidak memberi hasil, marilah kita boikot liga Malaysia dengan tidak membeli tiket ke stadium. Hanya tengok di TV saja.

No comments:

Post a Comment